Rabu, 16 Mac 2011

TAKAFUL CERDIK

Takaful Cerdik (Untuk Si Comel)
Sediakan pendidikan sewajarnya untuk anak anda
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di Univesiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak kita tidak terjejas.

Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Bagaimana Pelan Takafulink Verfungsi Untuk Saya ?Lindungi Masa Depan Pendidikan dan Kesejahteraan Hidup Anak Anda

Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan-pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, tetapi ia juga amat fleksibel untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.

Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga untuk anak anda - pendidikan dan perlindungan - dalam kombinasi inovatif satu pelan yang unik.

Manfaat Asas

Kematian :
Jumlah dilindungi dan baki nilai di dalam Akaun Unit Peserta (PUA)*, Akaun Khas Individu (ISA)** dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)*** akan dibayar jika berlaku kematian.

* PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar dan lebihan, dan/atau untung yang diperolehi.
** ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan dan lebihan, dan/atau untung yang diperolehi akan dibayar.
*** IUA adalah akaun gabungan di mana sumbangan manfaat tambahan Takaful Saver diperuntukkan.
 
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:Ustaz Amriey   0193504649/0163174647(SRA PANDAN INDAH)
 

 

Takaful Puteri (Khas untuk WANITA)

Penghargaan kepada Kaum Wanita

Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Memperkenalkan Takaful Puteri
Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.

Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:
  1. Takaful Puteri
    Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita.
  2. Takaful Puteri Plus
    Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.
Apakah Manfaat-Manfaat Yang Anda Akan Terima?




Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda

Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat. Apabila Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat ini telah digunakan sepenuhnya, Takaful Puteri akan terhenti.
Sila klik imej di bawah untuk jadual yang lebih jelas.


Nota:


  • Manfaat Penjagaan Wanita – Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta.
  • Manfaat Penjagaan Ibu - Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta.Boleh dituntut hanya selepas satu (1) tahun daripada tarikh Sijil Takaful atau pada tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).
  • Penyakit Kongenital Bayi – Boleh dituntut sekiranya bayi tersebut dapat bertahan lebih 30 hari selepas kelahiran dan diberi diagnosis di dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
Siapakah Yang Layak Untuk Takaful Puteri?
Peserta wanita yang mempunyai Pelan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon rider Takaful Puteri ini.
Takaful Puteri Plus
  • Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
  • Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
  • Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja

Takaful Puteri
  • Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan datang
  • Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
  • Sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti di antara 19 dan 50 tahun
Apakah bayaran yang dikenakan ?


Tabarru’
  • Jumlah yang rela dilepaskan oleh peserta untuk membantu menyumbang kepada manfaat semua peserta yang layak mendapat manfaat.
  • Dana tabungan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta dan digunakan untuk membantu semua peserta yang ditimpa kesusahan.
  • Dikenakan setiap bulan berasaskan usia, jantina, tabiat merokok dan jumlah dilindungi.
Caj Pengurusan Risiko
  • 30% daripada Jumlah Kasar Tabarru’
  • Untuk pengurusan risiko Dana Tabarru’
  • Ditolak dari Tabarru’ setiap bulan
Yuran dan bayaran mungkin berbeza dari masa ke semasa dengan memberikan notis 90 hari.


Perkongsian Lebihan
Setiap peserta adalah berhak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’ akan diagihkan kepada peserta-peserta dengan mengkreditkan semula ke dalam ISA mereka dan membeli lebihan unit dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi di antara peserta-peserta dan syarikat sebanyak 70% dan 30% masing-masing.

Apakah Pengecualian Tersebut ?
Pengecualian umum tersebut ialah :

Manfaat Penyakit Wanita
  • Kecederaan yang disengajakan
  • Peperangan, rusuhan, pemogokan atau kekacauan awam
  • AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV
  • Alkohol atau penyalahgunaan bahan / ketagihan
  • Sebarang pelanggaran atau percubaan melanggar undang-undang atau menentang percubaan penangkapan
  • Sebarang pembedahan elektif, kosmetik atau pembedahan plastik (melainkan diperlukan akibat kecederaan dari kemalangan atau penyakit)
  • Sukan profesional, sebarang jenis perlumbaan, penyelaman skuba, aktiviti-aktiviti sukan udara dan mana-mana aktiviti atau sukan yang merbahaya.

Yang boleh digunakan untuk Komplikasi Kehamilan dan Penyakit Kongenital Bayi sahaja adalah :
  • Sebarang kehamilan akibat daripada rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan in-vitro
  • Pilihan menamatkan kehamilan selain daripada sebab-sebab perubatan
Tempoh Hidup
Manfaat-manfaat hanya akan dibayar dengan syarat :
  • Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Manfaat
    Penjagaan Wanita atau Kategori Pertama Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
  • Anak kepada Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Kategori Kedua Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
Tempoh Menunggu
  • Takaful Puteri boleh dibayar pada kejadian pertama penyakit masing-masing; dan simptom pertama boleh kelihatan selepas tempoh menunggu seperti yang ditetapkan oleh jadual di bawah. Tempoh menunggu bermula dari tarikh Sijil Takaful atau tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).
Sila klik pada jadual di bawah untuk jadual yang lebih jelas.





Glosari Penyakit Wanita
Kami telah melampirkan satu deskripsi ringkas mengenai beberapa keadaan yang diliputi untuk memberi anda pemahaman yang lebih jelas terhadap penyakit-penyakit ini. Definisi ini adalah hanya satu contoh ringkas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada dokumen sijil.

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

Satu penyakit di mana badan mengeluarkan antibodi-antibodi sistem kolagen badan (seperti kulit, tulang, ligamen dan rawan). Perlindungan adalah terhad kepada keadaan yang melibatkan buah pinggang.

Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks
Keadaan sebelum kanser di mana kanser berkumpul dalam payudara/uteri serviks dan tidak tersebar ke bahagian badan yang lain.

Penyebaran Penggumpulan Intravaskular

Satu penyakit darah dengan pendarahan/pembekuan yang mengancam nyawa. Ia memerlukan rawatan plasma dan platelet. Perlindungan hanya akan diberi sekiranya keadaan muncul setelah 7 bulan mengandung.

Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan yang berlaku di luar uterus (rahim).

Sindrom Down

Satu penyakit genetik di mana kanak-kanak dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal tertentu dan keperluan-keperluan khas.

Kecacatan Septum Ventrikel

Satu penyakit jantung kongenital (wujud sejak kelahiran) yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara bahagian bawah kiri dan kanan ruang jantung.

Kecacatan Septum Atrial

Satu penyakit jantung kongenital yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di antara ruang kiri dan kanan jantung.

Spina Bifida
Satu pembukaan di dalam tulang belakang yang dapat dilihat semenjak kelahiran, disebabkan oleh kekurangan penyatuan vertebra. Ia mengakibatkan masalah saraf di bahagian bawah badan (pinggul dan kaki).

Lelangit Rekah

Satu rekahan kongenital lelangit yang biasa dikaitkan dengan bibir kiri. Pembayaran hanya akan dibuat untuk kes-kes lelangit rekah, atau lelangit rekah dan bibir rekah. Tuntutan untuk bibir rekah sahaja tidak dibenarkan.

Rider Takaful Puteri adalah produk mematuhi Syariah

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan pendaftaran :Ustaz Amriey ..0193504649/0163174647


Medical Card

Kebenaran Tentang Penghospitalan

<>

Adakah anda tahu bahawa kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital? Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialysis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.


Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh kerana itu kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.


Bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda untuk dimasukkan ke mana-mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital. Hebat bukan ?



Apakah MMC ?
MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama pelan takaful anda :
<> <> <>






  • Had tahunan yang tinggi

  • Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
  • Perkhidmatan Hospital Rangkaian di hospital tertentu
  • Jadual pembedahan tanpa sekatan
  • Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan
  • Rawatan sebelum masuk dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialysis buah pinggang
  • Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan


Sebagai tambahan, anda akan diberi kad Takaful MediAssist, yang memberi perkhidmatan 24 jam, di seluruh dunia dan bantuan perubatan kecemasan.

Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta ekslusif di seluruh Malaysia.

Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat lain.


BERAPA HARUS SAYA BAYAR ?

Caruman untuk MMC bergantung kepada umur, kelas pekerjaan dan pelan yang dipilih.

Sila klik imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.








KOTAKAFUL

Bagi semua perlindungan (kecuali Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian), anda hanya perlu membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada Jumlah Minimum Kotakaful RM300 dan Jumlah Maksimum Kotakaful RM1,000. Pihak syarikat akan membayar bakinya. Pihak syarikat berhak untuk menyemak semula terma & syarat dengan member notis 30 hari.



NOTA PENTING

Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas penerimaan.

Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu akan bermula 120 hari selepas penerimaan :

1. Batu karang di dalam system kencing dan hempedu
2. Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
3. Diabetes mellitus
4. Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah
5. Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
6. Hernia, buasir atau fistula
7. Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin

Pengendali Takaful tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud secara langsung atau tidak langsung sekiranya keadaan ini tidah didedahkan di dalam boring cadangan.

Jika anda menerima rawatan perubatan di luar Negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar Negara melebihi 90 hari..

PANEL HOSPITAL


Klik pada pilihan negeri anda :
[ Johor ] [ Melaka ] [ Negeri Sembilan ] [ Kuala Lumpur/Selangor ] [ Kelantan ] [ Terengganu ] [ Pahang ] [ Sabah ] [ Sarawak ] [ Perak ] [ Pulau Pinang ] [ Kedah ]
--------------------------------------------------------------------------------------------
Johor

Medical Specialist Hospital
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor
Tel : 07-224 3888 07-223 6785

Pusat Pakar Kluang Utama
No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07-771 8999 07-772 8999

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
(formerly known as The SouthernHospital, Batu Pahat)
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-413 3333 07-413 3346

Johor Specialist Hospital
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2253000 07-2248213

Puteri Specialist Center 33,
Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2233377 07-2238833

Hospital Pantai Batu Pahat
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-433 8811


--------------------------------------------------------------------------------------------
Melaka

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd
(formerly known as TheSouthern Hospital, Melaka)
169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka
Tel : 06-283 5888 06-281 0518

Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1,
KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka
Tel : 06-231 9999 06-231 3299

Mahkota Medical Centre 3,
Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka
Tel : 06-281 3333

--------------------------------------------------------------------------------------------
Negeri Sembilan
Columbia Asia Medical Centre,
S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-601 1988 06-601 1848

N.S Chinese Maternity Medical Centre
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel : 06-762 2104 06-763 0407

Nilai Cancer Institute PT 13747,
Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-850 0999 06-850 0733

Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square,
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800 06-7675900

--------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur / Selangor

Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9132 2022 03-9132 0732

Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-4043 7166 03-4043 7661

Pantai Indah Medical Centre
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4289 2828 03-4289 2829

Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2072 1655 03- 2070 0345

Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2687 5000 03- 2687 5016

Assunta Hospital
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-7680 7000 /03 -7781 6902 03-7781 4933

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-4255 2707 03-4255 2711

Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212 03-5630 6075

Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor
Tel :03-3373 3636 03-3376 3888

KPJ Kajang Specialist Hospital
(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor
Tel : 03-8769 2999 03-8769 2808

Sunway Medical Center
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor. 03-7491 9191 03-7491 0242

Ampang Puteri Specialist Hospital
No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali,
68000, Ampang, Selangor
Tel : 03-4270 2500 03-4270 2443

Tawakal Hospital 202-A Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur 03-4023 3599
Tel : 03-4022 8063

Damansara Specialist Hospital
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7722 2692 03-4270 2443

Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2296 0888 03-22960832

--------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan
Universiti Sains Malaysia USM,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-766 3137
Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam.
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-745 8000 09-747 2877
Kota Bharu Medical Centre
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-743 3399 09-747 8271

--------------------------------------------------------------------------------------------
Terengganu
Kuala Terengganu Specialist Hospital
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400
Kuala Terengganu, Tereangganu
Tel : 09-624 5353 09 Fax : 09-626 5211

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pahang
Kuantan Medical Centre 1,
Jalan Tun Ismail 9,
25000 Kuantan , Pahang
Tel : 09-514 2828 Fax 09-516 3753

Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang Tel : 09-567 8588 09-567 8098


--------------------------------------------------------------------------------------------

Sabah

Sabah Medical Centre
Lorong Bersatu,
Off Jalan Damai Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel 088-222922 Fax : 088-243540
Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre,
Off Jalan Lintas, Kepayan,
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah
Tel : 088-272630 Fax : 088-272640
Damai Specialist Centre
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1,
Off Jalan Damai,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922 Fax : 088-243540

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sarawak

Normah Specialist Medical Centre
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-440055 Fax : 082-442600

Rejang Medical Centre
29, Jalan Pedada,
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800 Fax : 084-219900

Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD,
Taman Timberland, Rock Road,
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-234466 Fax : 082-244273

Columbia Medical Centre, Miri
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit,
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak.
Tel : 085-437755 Fax : 085-425677

Kuching Specialist Hospital
Lot 10420 Block 11,
Tabuan Stutong Commercial Center,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
082-365777 082-364666

--------------------------------------------------------------------------------------------

Perak

Pantai Putri, Ipoh
126, Jalan Tambun,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5484333 Fax : 05-5458168

Apollo Medical Centre
271, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8056000 Fax : 05-8076000

Fatimah Hospital
1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5455777 Fax : 05-5499237

Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 8777 05-254 1888

--------------------------------------------------------------------------------------------
Penang
Bagan Specialist Centre
Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth
Tel : 04-3322800 Fax : 04-3312806

Pantai Mutiara Hospital
82, Jalan Tengah, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel : 04-643 3888


Gleneagles Medical Centre
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2276111 Fax : 04-2262994

Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200 Fax 04-2278512

Lam Wah Ee Hospital
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
16000 Pulau Pinang
Tel : 04-6571888 Fax : 04-6570940

Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2262323 Fax: 04-2299008

Hope Children Hospital (Sg Ara )
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-644 7557 / 04-644 1557 FAx : 04-646 1559

Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3,
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-829 7926/ 04-826 6557 Fax : 04-829 7982

Loh Guan Lye Specialist Centre
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang
Tel : 04-2388888 Fax : 04-2388983

Island Hospital 308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Tel : 04-228 8222 Fax : 04- 226 7989

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kedah

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4238888 FAx : 04-4258888

Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra,
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888 Fax : 04-7348882

Kedah Medical Center Pumpong,
05250 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7308878 Fax : 04-7332869

Strand Hospital
1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888 Fax : 04-4428889 
hari setiap perjalanan.

Monday, December 15, 2008

36 Jenis Penyakit Kritikal

  1. Heart Attack ( Serangan Penyakit Jantung )
  2. Coronory Artery Disease Requiring Surgery ( Penyakit Koronori Arteri Yang Memerlukan Pembedahan )
  3. Stroke ( Strok )
  4. Cancer ( Kanser )
  5. Kidney Failure ( Kegagalan Ginjal / Buah Pinggang )
  6. Paralysis ( Lumpuh Paraplegia )
  7. Major Organ Transplantation ( Pembedahan Organ Utama )
  8. Multiple Sclerosis ( Sklerosis Pelbagai )
  9. Fulminant Viral Hepatitis ( Hepatitis Virus Fulminan )
  10. Pulmonary Arterial Hypertension ( Hipertensi Arteri Pulmonary Utama )
  11. Coma ( Koma )
  12. Blindness ( Buta )
  13. Heart Valve Surgery ( Penggantian Injap Jantung )
  14. Surgery To The Aorta ( Pembedahan Aorta )
  15. Alzheimer’s Disease ( Penyakit Alzheimer )
  16. Deafness ( Hilang Pendengaran / Pekak )
  17. Loss Of Speech ( Bisu )
  18. Major Burns ( Kebakaran Parah )
  19. Terminal Illness ( Penyakit Membawa Maut )
  20. AIDS Due To Blood Transfusion ( AIDS Akibat Transfusi Darah )
  21. Motor Neourone Disease ( Penyakit Motor Neuron )
  22. Parkinson’s Desease ( Penyakit Parkinson )
  23. Chronic Liver Desease ( Penyakit Hati Yang Kronik )
  24. Chronic Lung Disease ( Penyakit Paru-Paru Yang Kronik)
  25. Aplastic Anaemia ( Kegagalan Sum-Sum Tulang Yang Kronik )
  26. Muscular Dystrophy ( Distrofi Otot )
  27. Poliomyelitis ( Poliomelitis )
  28. Bacterial Meningitis ( Meningitis Bacteria Yang Menyebabkan Inflamasi Membran Otak Atau Saraf Tunjang )
  29. Benign Brain Tumor ( Tumor Otak Beningna )
  30. Encephalitis ( Ensefalitis Yang Menyebabkan Inflamasi Bahan Otak )
  31. Full Blown Aids ( Aids Selepas Positif Hiv )
  32. Other Serious Coronory Artery Disease ( Lain-Lain Penyekit Koronari Arteri Yang Serius )
  33. Brain Surgery ( Pembedahan Otak )
  34. Appalic Syndrome Nekrosis Kortex ( Otak Yang Tidak Menjejaskan Pangkal Otak )
  35. Major Head Trauma ( Trauma Kepala Utama )
  36. Loss Of Limbs ( Kehilangan Tangan Atau Kaki )

Ranking No. 1

"Terima kasih diatas kepercayaan dan sokongan anda. Kerana anda kami masih berada di No. 1 dan yang berinovatif....
 
 
 
 
ADAKAH ANDA BERMINAT MENJADI AGEN TAKAFUL PRUBSN  ?
 
Di dalam membina kerjaya yang mempunyai masa hadapan yang gemilang, bidang inilah yang merealisasikan impian anda, asalkan ada keyakinan, kemahuan dan kegigihan. Bidang ini juga adalah salah satu kerjaya yang professional.
Selain itu juga, anda adalah perancang kewangan yang dapat memenuhi keperluan para pelanggan anda. Inilah bidang perniagaan yang mana kita adalah umpama memiliki syarikat sendiri. Anda mestilah memiliki sifat-sifat ini TEKUN, GIGIH , SABAR, IKHLAS dan SENTIASA BELAJAR. Saya tidak memberi anda harapan palsu ia adalah realiti, seandainya satu hari nanti anda mengecapi kejayaan didalam bidang ini saya berharap anda juga melakukan seperti saya pada orang lain. Bertindaklah hari ini ia penentu masa depan anda....
 
Jika anda berminat ,bolehlah hubungi saya:ustaz amriey (0193504649/0163174647)Sek Rendah Agama Pandan Indah)
 


 

1 ulasan:

  1. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    BalasPadam