Selasa, 5 Julai 2011

TESTIMONI


Testimonials

Bukti claim dan testimonial pemegang polisi yang pernah membuat claim. Buat sementara ni, saya letakkan kes-kes dari En Aziz Riadi, SALAH SEORANG MANAGER TAKAFUL PRUBSN...

Testimoni -1.


Info Kes : Batu Karang Dalam Buah Pinggang
Hospital : Subang Jaya Medical Centre
Symptom : Loya dan muntah2. Hilang selera makan disebab terdapat angin dalam perut (sebu perut). Muka menjadi pucat dan badan menjadi tak bermaya hingga boleh manjadi pitam.
Maklumat Rawatan : Pembedahan untuk membuang batu karang dalam buah pinggang.
Kos Rawatan : RM 23,000 ++ (Termasuk rawatan susulan) (Semua bill dibayar oleh Prudential - Medical Card)
Elaun Hospital : RM 4150 (termasuk elaun bedah)


Premium Bulanan : RM 150 Sahaja....








Testimoni - 2

Info Kes : Breast Cancer (removal)
Hospital : Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH)
Symptom : Ada ketumbuhan kecil di bahagian payu dara 
Maklumat Rawatan : Removal of right breast. Follow up dengan rawatan Kimoterapi.
Kos Rawatan Setakat ini : RM 15,000K++ 
Elaun Hospital : RM 4,450++
Caruman Bulanan: RM 250


Bill dibayar terus ke hospital...client hanya bayar 10% co-takaful, maksimum RM 1000. Dalam case nie, client kena bayar RM 1,000. Selebihnya diselesaikan oleh PruBSN Takaful.



Masuk wad 8 hari, sehari elaun hospital RM 400, 8 hari x 400 = RM 3,200 (dah lepas duit co-takaful, siap dapat lebih lagi)..and yang paling special...and saya rasa susah nak jumpa kat plan2 lain selain Prulink/Takafulink daripada Prudential/PruBSN Takaful iaitu adalah...SURGICAL PROCEDURE BENEFITBreast cancer (removal)...level 5 : RM 1,250...so, total elaun diterima := RM 4,450.


Yang ini cheque yang client dapat. Apa yang ditulis dalam polisi, akan dibayar...tiada satu pun tak dibayar....so, jangan le hendaknya masih ada yang tak percaya dengan insurance/takaful lepas nie...

Ok, akhir sekali, selepas rawatan selesai, dan dapat elaun hospital, elaun bedah dan sebagainya, dapat pulak pampasan sakit kritikal RM 20,000 (lumpsum)..then, lepas tu caruman RM 250 sebulan, tak perlu nak bayar lagi, sebab cancer, (salah satu sakit kritikal). Policy remain inforce (i.e boleh cover) selagi benefit ada atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu. Client nie baru je bayar 12 bulan, RM 250 x 12 = RM 3,000. Bill dah berapa?..elaun hospital, pampasan sakit kritikal.....lihat lah sendiri kenapa kita perlu ada plan Takaful yang comprehensive....boleh contact saya kalau nak tau lebih lanjut:boleh hubungi sy:0193504649/0163174647 ustaz amriey




Testimoni-3

Info Kes : White Wolf Parkinson Disease (sakit di bahagian arteri)
Hospital : IJN, Melaka Symptom : Sakit dada dan jantung berdegup kencang. Sesak nafas seperti orang kena serangan jantung.
Maklumat Rawatan : Tiada maklumat terperinci. Akan di update setelah dapat bill dari hospital mengenai rawatan yang dibuat. Kos Rawatan : RM 16,000 ++ Elaun Hospital : RM 4850 (termasuk elaun ICU)





Lagi Claim utk client...ini semua claim elaun Hospital dan elaun bedah. Ada yang claim bill dengan PruBSN, ada yang claim bill dengan company client kerja. Tapi Elaun Hospital tetap akan dapat. Berbaloi2...




Jadi kepada anda yang masih lagi mencari2 plan mana yang bagus dan sesuai untuk anda dan keluarga anda, dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami...
Tak rugi apa-apa pun untuk bertanya..saya adalah orang yang paling bertuah untuk melayan anda yang sudi bertanya..saya sedia berkhidmat.. (^^,) INSYAALLAH......

Selasa, 22 Mac 2011

INFO PRUBSN

 PELAN TAKAFULINK (5 dalam 1) – 11 MANFAAT UTAMA
1) Kad Perubatan (RM 500,000) untuk pembayaran bill hospital  secara online (cash-less) di 68 Hospital Pakar & Auto-renewed.
2) Perlindungan (Penyakit Kritikal, Lumpuh, HUK) – Polisi akan PERCUMA (F.O.C)
3) Pampasan Kematian (berserta jumlah nilai tunai) jika kematian sebelum 80 tahun atas apa sebab sekalipun dan Pampasan Kemalangan, Khairat Kematian & diberi dalam tempoh 3 hari apabila musibah berlaku.
4) Elaun Harian Hospital (Cek Diberi kepada Client) bagi Elaun Wad, Elaun ICU, Elaun Pembedahan dan Elaun MC (Cuti Sakit).
5) Simpanan / Investmentlink – Pengawasan Panel Syariah (Dana Islamik) dengan tiada tempoh matang dan boleh dikeluarkan pada bila2 masa dengan kekalkan nilaitunai minima RM 1,000.
Keistimewaan : 5T iaitu
1) Tiada tempoh matang,
2) Tak perlu bayar jika dignosis salah satu 36 penyakit kritikal,
3) Tiada Caj Tersembunyi/denda 
4) Tiada Kenaikan Harga (Bayaran kekal sehingga umur 80 tahun)
5) Tabaru Fund – Perkongsian keuntungan dimana agihan keuntungan 70% kepada peserta dan 30% PruBSN.
Adakah anda mampu menyediakan RM 500,000 dalam masa yang singkat sekiranya musibah melanda diri anda dan  dimasukkan ke Hospital Pakar?
* Apa akan terjadi jika anda mengidap Penyakit Kritikal yang memerlukan pembedahan segera dan perbelanjaan perubatan yang tinggi?
* Adakah anda mempunyai simpanan yang terjamin untuk persaraan dan pendidikan untuk anak anda?
* Apakah yang akan terjadi kepada keluarga tersayang sekiranya sesuatu terjadi kepada anda.  Bagaimanakah mereka menyara untuk meneruskan kehidupan mereka?
Sudahkah Anda Bersedia? Jika Jawapan Anda TIDAK…..
Persediaan Awal. – Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu
1) Sihat sebelum sakit     
2) Muda sebelum tua   
3) Kaya sebelum miskin    
4) Lapang sebelum sempit  
5) Hidup sebelum mati
Pentingnya memiliki plan takaful adalah sebagai persediaan awal sebelum sesuatu perkara yang tidak dirancang berlaku ke atas diri kita. Salah satu dari perkara dibawah pasti berlaku ke atas diri kita seperti Kematian, Kemalangan, Hilang Upaya Kekal, Penyakit Kritikal.
Kenapa perlu tunggu ia datang tanpa diundang baru terfikir akan kepentingannya.  Apabila ia telah datang walaupun tidak diundang, kemungkinan kesan-kesannya:-
a) Hilang punca pendapatan- akibat hilang upaya & tidak dapat bekerja.
b) Terpaksa menggunakan wang simpanan atau membuat pinjaman peribadi untuk membiaya kos rawatan
c) Bebanan hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Ahli keluarga terpaksa menanggung akibat hilang punca pendapatan.
Anda Masih Belum Terlewat…. Plan Takafulink PruBSN Takaful Akan Membantu ANDA….

APA TANGGUNGJAWAB ANDA?

Tanggungjawab & Keutamaan Dalam Keluarga
1) Melindungi waris daripada bebanan kewangan akibat kematian yang tidak dijangka (Dying Too Soon)
2) Plan Kewangan untuk persaraan (Living Too Long)
3) Melindungi pendapatan akibat penyakit biasa, kritikal dan kecederaan yang memerlukan kos rawatan berterusan (Living Death)
4) Pendidikan anak-anak (Children’s Future)
5) Simpanan dan Pelaburan (Wealth Creation)
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…” Surah Al baqarah : Ayat 240
Perancangan Kewangan & Simpanan di PruBSN Takaful
1.Komprehensif
(Mengandungi simpanan + Perlindungan + Medical Card)
Takaful dengan Medical Card dengan pampasan kematian, lumpuh, HUK dan penyakit kritikal. Jika diagnosis penyakit kritikal polisi PERCUMA sehingga 80 tahun dengan dapat menikmati medical card. Segala tuntutan tidak menjejaskan simpanan anda.
2. Siapa Akan Membayar Bil Hospital Anda
PruBSN akan terus bayar bil kepada hospital dan bukannya anda bayar dahulu dan tuntut kemudian dengan min. RM 500,000 – RM 1.5 JUTA.
3. Pelaburan berlandaskan Syariah – Boleh dikeluarkan dalam akaun “cash-value” apabila melebihi RM 1,000.
4. Kadar Dividen / Mudharabah yang tinggi
- Pelaburan utk memaksimumkan pulangan beserta perlindungan dan medical card dgn kadar pulangan tinggi 9%-15% setahun.
Pelan Kewangan Keluarga Islam (Islamic Family Financial Planning) terbahagi kepada 3 peringkat utama iaitu bermula dengan yang paling asas, Perlindungan Keluarga (Protection). Kedua ialah Perlindungan Kewangan (Savings) dan peringkat teratas ialah Kebebasan Kewangan (Investment). Secara asasnya setiap keluarga Islam (atau individu) perlu meneliti samada perancangan kewangan yang dirancang mereka memenuhi ketiga-tiga peringkat ini.
A) Perlindungan Keluarga (Protection)
Perlindungan keluarga terbahagi kepada tiga perkara yang memerlukan persiapan dan perancangan kewangan yang rapi iaitu:
Hutang
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)
Pada zaman sekarang, manusia secara umumnya memang tak lari daripada bebanan hutang terutamanya dalam soal pembelian rumah dan kereta. Apabila kita mati, adakah sudah ada bekalan kewangan yang mencukupi kepada waris kita untuk melangsaikan hutang kita? Adakah kita sanggup melihat isteri atau anak-anak menderita dan terseksa dengan bebanan hutang kita yang bertimbun? Jadi persiapkan diri dengan kewangan yang mencukupi untuk menjelaskan segala hutang apabila kita meninggal dunia kelak.
Pendapatan
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” – (Surah Al-Baqarah ayat 240).
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, Allah SWT telah memerintahkan kepada suami yang mengetahui akan sampai ajalnya, supaya meninggalkan harta atau lebih tepat lagi pendapatan (di samping rumah) kepada isteri mereka untuk tempoh 1 tahun. Ini kerana apabila meninggalnya suami yang bertindak sebagai pencari nafkah dalam keluarga, si isteri akan mengambil masa 1 tahun untuk pulihkan diri dan seterusnya kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan. Dalam tempoh berkenaan, si isteri akan sentiasa muram dan sudah pasti tidak berupaya untuk melakukan apa-apa kerja. Maka bekalan selama setahun yang ditinggalkan suami itulah dapat digunakan untuk mengisi perut mereka serta anak-anak.
Perubatan
Selalunya apabila membincangkan mengenai perancangan kewangan untuk tujuan perubatan, ramai daripada kita tidak mengambil kisah atau ambil endah tak endah kerana merasakan kita masih muda dan tak perlu simpanan untuk tujuan tersebut. Apabila sudah tua, baru nak menyimpan. Mereka sebenarnya lupa yang sakit tak pernah mengenal usia. Hatta bayi yang baru lahir pun kadang kala sudah terkena penyakit. Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit secara puratanya akan datang kepada seseorang individu itu pada usia 35 tahun. Penyakit yang paling ‘popular’ menyerang pada usia ini ialah kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.
Perancangan kewangan perubatan ini bukan terhad kepada merawat penyakit sahaja. Hal-hal kecemasan seperti kemalangan juga termasuk dalam perancangan ini. Malang tidak berbau. Jangan tunggu sehingga malang menimpa, baru kita hendak mengambil kad perubatan, insurans, takaful dan sebagainya. Pada masa itu kita sudah benar-benar terlambat. Mulakan dari sekarang sebagai persediaan kita sekiranya perkara tidak diingini berlaku di masa hadapan.

Rabu, 16 Mac 2011

Saya Covered By Company



Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa ambik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited…” atau ada juga yang bagitau saya, “Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambik“

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.
PERTAMA- Company cover unlimited….Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)….limitnya adalah…

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le nak ambik medical card..”….jawapan saya “…Kalau anda boleh jamin anda sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then anda  ambik medical card nie kemudian, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik ambik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli ngan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau anda boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan anda….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia la untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak guna simpanan duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”
KEDUA – Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Anta tau dari awal ke yang anta akan kena sakit nie?….” atau “Anta memang nak ke, sakit nie terkena kat anta”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapannya ya….anda tak perlu ambik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda ambik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes didalam artikel blog saya ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, agent takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

CARA NAK BUAT CLAIM

Cara Untuk Claim


Cara Untuk Claim... 
Ini lah salah satu persoalan yang akan bermain di fikiran prospek@klien?  Macam mana nak claim?..Berapa lama boleh dapat claim?..Cepat ke lambat?...senang ke susah?...dan sebagainya yang berkaitan dengan claim.

Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.

Berikut antara cara-cara membuat claim dan beberapa contoh claim untuk rujukan anda.

1- Claim Online (Bil dan Elaun)Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN (Takaful Health) ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful...

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan PruBsn seluruh negara.

4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya. Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

PERLINDUNGAN TAKAFUL JAMIN MASA DEPAN ANDA

Perlindungan Takaful Menjamin Masa Depan


PERLINDUNGAN yang betul pasti memberikan jaminan yang memuaskan, khususnya untuk masa depan yang tidak dapat dijangka. Bukan saja perlindungan untuk mental dan emosi, malah pada zahirnya membabitkan fizikal yang memerlukan sedikit pengorbanan dalam aspek kewangan.

Di Barat, insuran memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakatnya. Tetapi, di rantau ini khususnya Malaysia, masyarakat sering kali memberi pelbagai alasan bagi mengelak daripada menyertai skim insuran yang ditawarkan.

Bagi mereka yang sudah memulakan kerjaya, perlu mempunyai takaful untuk perlindungan diri sepanjang hayat bagi memastikan masa depan terjamin. Bagaimanapun, kebanyakannya sering berfikiran mereka tidak perlu membeli takaful kerana pembayaran yang dilakukan satu pembaziran memandangkan usia yang masih muda. Pemikiran seperti ini perlu diubah, terutama zaman sekarang yang penuh dengan cabaran. Letakkan perumpamaan ‘malang tidak berbau’ dan ‘sediakan payung sebelum hujan’ adalah cara terbaik berfikir. Selain itu, pendidikan juga amat penting dalam memberi pengetahuan mengenai kepentingan insuran.

Kajian sebelum ini mendapati punca utama kematian di negara ini ialah penyakit jantung, strok dan barah. Sepanjang 2002 saja, sebanyak lebih 45,000 pesakit dikesan menghidap barah dan ia dikesan semakin meningkat dari lima peratus kepada 10 peratus setiap tahun .

Kebarangkalian bagi seseorang itu diserang penyakit atau mengalami kemalangan tidak mustahil kerana apa saja boleh berlaku. Sehubungan itu, katanya, adalah wajar bagi kita melakukan persediaan supaya dapat memastikan kehidupan masa depan dilindungi sebaik mungkin.

Kita juga tidak boleh mengatakan tidak akan diserang penyakit kronik mahupun terbabit dalam sebarang kemalangan. Faktor itu perlu dikikis daripada minda, apa tah pula rawatan disediakan untuk kes tertentu seperti penyakit kronik memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sekurang-kurangnya dengan memiliki takaful, kehidupan lebih terjamin kerana masalah kesihatan turut termasuk dalam perlindungan disediakan.

Kecanggihan teknologi moden membolehkan seseorang itu menerima rawatan yang lebih baik, sekali gus memberi peluang untuk menikmati kehidupan lebih bermutu. Bagaimanapun, lazimnya rawatan sebegitu menelan perbelanjaan yang tinggi terutama jika dilakukan di luar negara. Malah, rawatan di negara ini juga tidak kurang mahalnya selepas mengambil kira belanja rawatan, kemasukan hospital dan penjagaan profesional.

Masyarakat daripada semua peringkat usia sangat memerlukan skim insuran. Bukan saja dilindungi apabila diserang penyakit, malah skim insuran yang diambil dengan betul mempunyai banyak kebaikan antaranya seperti melindungi kos rawatan, kemalangan, hilang upaya, kematian dan sebagainya.

Insuran mampu melindungi mereka daripada terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi bukan saja untuk diri sendiri bahkan keluarga, khususnya bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Ketika ini, ada pelbagai jenis takaful diperkenalkan. Ada yang cenderung untuk kesihatan semata-mata, ada juga yang lebih menyeluruh termasuk membabitkan perlindungan hayat termasuk pendidikan anak.
 

TAKAFUL SAVER

Takaful Saver


"Hari ini menabung sedikit,
esok pula hasilnya membukit"
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.
Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.
Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.

Bagaimana Takaful Saver diken
dalikan?Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.
• Caruman tetap minimum: RM10 sebulan
• Caruman tetap maksimum: (Caruman tahunan Takafulink) x 5

Penambahan CarumanPeserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.
• Penambahan minimum: RM1,000
• Penambahan maksimum: Tiada had
Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan.

Nota:
•5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
•Caruman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.
•Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta.

Manfaat Tambahan
Takaful Saver Contributor: Membayar caruman tetap kepada orang dilindungi Takaful Saver sekiranya orang dilindungi menghidap penyakit kritikal.
Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor: Sekiranya ibu bapa atau pasangan orang dilindungi meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful orang dilindungi di masa hadapan.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila orang dilindungi meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?
Mana-mana peserta dan / atau pencarum pelan Takafulink.

Bagaimana dana anda diuruskan?Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini.
Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda.

Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah:

Takafulink Dana Ekuiti• Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang
dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang berlandaskan Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia
• Untuk para peserta yang mampu menghadapi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang

Takafulink Dana Bon •Bertujuan memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah
•Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko yang rendah hingga pertengahan serta berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
SELAMAT:
Melabur untuk masa depan anda sambil menikmati perlindungan Takaful
KEMUDAHAN:
Melabur bila-bila masa yang anda suka, terus ke dalam Dana Takafulink pilihan anda

Takafulink Dana Urus
•Dana diuruskan yang bertujuan memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti, Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang ditawarkan di masa hadapan
•Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko sederhana hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang

Nota:
•Prestasi lepas bagi suatu Dana tidak boleh dianggap sebagai petunjuk bagi prestasi di masa hadapan.
•Harga bagi suatu unit mungkin naik dan turun, dan prestasi suatu Dana tidak dijamin.
•Nilai bagi suatu Dana mungkin lebih rendah dari jumlah sumbangan dan bergantung kepada prestasi sesuatu aset.